Pada entry kali ini, saya akan memetik beberapa petikan akhbar mengenai suasana kitar semula di Malaysia dan luar negara. Semoga dengannya, pembaca dan saya dapat mengambil ikhtibar daripada berita-berita tersebut.

Petikan akhbar berita harian bertarikh 2 Januari 2012
     Petikan akhbar tersebut menceritakan tentang pencemarah yang berlaku di Sungai Kelang pada masa tersebut. Pencemaran tersebut berpunca daripada pembuangan sampah yang tidak terancang di kawasan tersebut. Fenomena ini berlaku akibat sikap masyarakat yang tidak menitkberatkan amalan kitar semula.

Petkan akhbar Berita Harian bertarikh 12 Jun 2012
     Berdasarkan kepada petikan yang kedua ini, pihak berwajib telah berusaha untuk memperbetul kesilapan dalam penjagaan alam sekitar. kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah yang sesuai diambil untuk memulihara alam sekitar.

Petikan Akhbar Utusan bertarikh Mei 2018
     Petikan akhbar yang ketiga ini merupakan petikan akhbar daripada utusan online. Petikan ini melaporkan usaha pihak berwajib dalam memastikan semua pihak terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Pihak berwajib telah mewujudkan silibus alam sekitar di peringkat sekolah dan universiti bagi memastikan golongan remaja diberikan pendidikan secukupnya mengenai kepentingan kitar semula.

      Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa, semua pihak daripada setiap lapisan masyarakat perlulah bekerjasama dalam memastikan usaha memelihara alam sekitar dapat dijlankan dengan jayanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bahan-bahan Kitar Semula