Posts

Showing posts from 2018

Kun anta

Assalamualaikumwarahmatullah wabarakatu, memandangkan entri-entri sebelum ni kurang mendapat sambutan, so rasanya selamat kot kalau aku nak cerita pasal hari-hari aku dalam blog ni. selamat dari haters, commenters and stalkers. haha. Paranoid je lebih aku ni.   Anyway, tajuknya kun anta tu sebab sekarang ni aku macam tengah cuba untuk mencari diri aku yang hilang at the same time tengah cuba bina diri aku yang lebih baik. Persoalanya, macam mana aku nak jadi 'lebih baik'? aku kena jadi Vivi Yusof or Neelofa or Sitiawe baru jadi 'lebih baik' ke?(anyways, these are the people that I looked up to and wished that I can become someday. Sebab aku sangat mudah terpengaruh dengan social media. haha).  So I started an adventure. (adventure lah kot. kalau ikut definition aku. aku rasa adventure tu anything yang kau buat outside your comfort zone. contohnya, ada orang tak biasa pegi pasar beli ikan. so, sepanjang perjalanan die pergi ke pasar membeli ikan tu aku panggil...
Image
Pada entri kali ini, saya akan berkongsi laporan pertandingan kitar semula yang telah dianjurkan oleh  Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selamat membaca !! SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN TAHUN 2017 KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menganjurkan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) Tahun 2017 di Anjung Floria, Putrajaya pada 18 November 2017. Majlis perasmian sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique (Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Penganjuran Sambutan HKSK pada tahun tersebut adalah bertemakan memulakan amalan 3R. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menjayakan sambutan pada tahun ini dan menggalakkan orang ramai mengamalkan bud...
Image
     Pada entry kali ini, saya akan memetik beberapa petikan akhbar mengenai suasana kitar semula di Malaysia dan luar negara. Semoga dengannya, pembaca dan saya dapat mengambil ikhtibar daripada berita-berita tersebut. Petikan akhbar berita harian bertarikh 2 Januari 2012      Petikan akhbar tersebut menceritakan tentang pencemarah yang berlaku di Sungai Kelang pada masa tersebut. Pencemaran tersebut berpunca daripada pembuangan sampah yang tidak terancang di kawasan tersebut. Fenomena ini berlaku akibat sikap masyarakat yang tidak menitkberatkan amalan kitar semula. Petkan akhbar Berita Harian bertarikh 12 Jun 2012      Berdasarkan kepada petikan yang kedua ini, pihak berwajib telah berusaha untuk memperbetul kesilapan dalam penjagaan alam sekitar. kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah yang sesuai diambil untuk memulihara alam sekitar. Petikan Akhbar Utusan bertarikh Mei 2018      Petikan akhbar yang...

Aktiviti Kitar Semula

Image
DIY KITAR SEMULA Assalamualaikum, entri kali ini, saya akan berkongsi dengan pembaca berkenaan aktiviti-aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan sendiri. ( DIY ). Entri ini bertujuan untuk memberikan pembaca sedikit sebanyak gambaran mengenai produk yang boleh dihasilkan daripada aktiviti kitar semula. Pada sesiapa yang berminat untuk mencuba aktiviti ini, dipersilakan. Bagi yang memiliki idea yang lebih bernas, dipersilakan berkongsi dengan kami di ruangan komen.  Menghasilkan Penyapu menggunakan botol minuman  Bahan-bahan: gunting, 6 biji botol, pisau, paku, tukul, getah dan batang penyapu. Langkah 1: buangkan stiker label pada botol yan dipilih Langkah 2: buangkan bahagian bawah botol Langkah 3: gunting 'strip' sekeliling botol untuk kelima-lima botol Langkah 4: buangkan muncung botol menggunakan gunting. ulang langkah yang sama untuk 3 lagi botol. Langkah 5: pastikan anda mendapat 1 botol yang masih mempunyai mu...

Bahan-bahan Kitar Semula

Image
Pada entri saya yang pertama, saya akan memperkenalkan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Konsep 3R Amalan ini telah lama digunakan di negara-negara maju dalam pengurusan bahan buangan mereka. Negara dunia pertama Sperti Denmark, Switzerland dan Jepun telah mewajibkan penduduk mereka untuk mengitar semula bahan buangan sejak berdekad-dekad yang lalu. Hasilnya, sumber tanah daripada negara-negara tersebut tidak kehabisan. Menyedari akan kepentingan tersebut, Malaysia telah mula mengorak langkah, untuk mengitar semula bahan-bahan buangan.  Antra bahan buangan yang boleh dikitar semula ialah; pakaian lama  surat khabar botol kaca dan pelastik Beg plastik   Setelah pembaca mengetahui bahan-bahan yang boleh digunakan untuk kitar semula, bolehlah kita bersama-sama mengumpul bahan-bahan di atas untuk dijadikan bahan kitar semula. sampai di sini sahaja entri saya pada kali ini, nantikan aktivit-aktiviti kitar semula pada entri akan datang.